OnePlus Tiada Perancangan Untuk Melancarkan Peranti Skrin Boleh-Lipat Dalam Masa Terdekat

OnePlus Tiada Perancangan Untuk Melancarkan Peranti Skrin Boleh-Lipat Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Peranti skrin boleh-lipat dilihat sebagai masa depan dunia teknologi dan telah digunakan pada telefon pintar serta komputer riba tahun ini. Samsung percaya dengan masa depan teknologi ini dan dipercayai akan melancarkan Galaxy Flip Z, peranti boleh-lipat kedua mereka pada bulan hadapan. Bagaimana pula dengan OnePlus?

Bagi peminat produk OnePlus anda perlu menanti lebih lama sebelum ia dihasilkan oleh syarikat ini. Di dalam temubual bersama The Verge, Pete Lau pengasas OnePlus berkata pihak mereka masih belum mempunyai perancangan melancarkan peranti skrin boleh-lipat sendiri dalam masa terdekat. Menurut beliau teknologi semasa masih belum memuaskan. Mereka masih menanti peranti boleh dilipat tanpa kesan lipatan pada skrin serta tidak mempunyai ruang kosong yang besar apabila dilipat.

OnePlus mungkin tidak mempunyai rancangan pada waktu ini tetapi saudara mereka di Oppo telahpun memperlihatkan peranti konsep tahun lalu dan juga memfailkan beberapa paten rekaan.



TIPS & ULASAN