Jepun Menyasarkan Pelancaran Rangkaian 6G Menjelang 2030

Jepun Menyasarkan Pelancaran Rangkaian 6G Menjelang 2030

Diterbitkan pada Jan 21, 2020 oleh .

Ujian rangkaian 5G sedang berjalan rancak di Pulau Langkawi sejak dua minggu kebelakangan ini. Sekiranya semua berjalan lancar, rangkaian 5G boleh dikomersilkan di Malaysia menjelang suku ketiga tahun 2020. Sedang kita masih rancak merancang pelancaran 5G, Jepun sudah memulakan usaha untuk melancarkan rangkaian 6G di negara mereka.

Usaha awal telah dimulakan dengan sasaran melancarkan rangkaian 6G menjelang 2030. Rangkaian 6G akan memberikan kelajuan sehingga 10 kali ganda rangkai 5G semasa. Badan kajian teknologi 6G ini akan diketuai oleh Universiti Tokyo Goshinjin dengan kerjasama NTT dan Toshiba. Tahun lalu kerajaan Jepun telah menyediakan dana 220 bilion Yen (~RM 81. bilion) untuk pembangunan teknologi 5G oleh syarikat tempatan.

Jepun akan hanya melancarkan rangkaian 5G komersial dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Dengan penubuhan badan penyelidikan teknologi 6G ini, Jepun menjadi negara keempat selepas China, Finland dan Korea Selatan yang sudah memulakan kajian untuk rangkaian selular generasi ke-enam.



TIPS & ULASAN