Carian
Samsung Mempatenkan Speaker Pintar Dengan Skrin Boleh Digulung
February 4, 2020 Effi Saharudin

Semalam Samsung mengesahkan penjualan Galaxy Home Mini di Korea Selatan pada 12 Februari. Selepas dua tahun menanti, Samsung akhirnya memulakan jualan speaker pintar mereka dalam jumlah yang terhad. Di masa hadapan mereka mungkin akan menjual speaker pintar dengan skrin yang boleh digulung pula. Ini adalah berdasarkan paten rekaan yang difailkan mereka menerusi pejabat harta intelek Korea Selatan.

Di dalam posisi terbuka, speaker akan mempunyai skrin pada bahagian hadapan. Skrin ini kemudian boleh disimpan dengan digulungkan pada tubuh speaker. Ini mengingatkan kami kepada speaker pintar Royole Mirage yang mempunyai skrin AMOLED yang melengkung pada keseluruhan tubuh.

Kewujudan paten tidak bermakna produk akan dihasilkan. Sehingga kini Samsung masih belum memasarkan produk sebenar dengan skrin bergulung tidak seperti pesaing mereka LG. Pelancaran speaker pintar akan membolehkan pengguna Samsung mengawal kesemua peranti berhubung di rumah menggunakan sistem ekosistem Samsung SmartThings.

Komen