Amazon Pula Membatalkan Penyertaan Di MWC 2020 Kerana Kebimbangan Koronavirus

Amazon Pula Membatalkan Penyertaan Di MWC 2020 Kerana Kebimbangan Koronavirus

Diterbitkan pada Feb 10, 2020 oleh .

Senarai syarikat yang menarik dari dari pameran MWC Barcelona semakin bertambah hari selepas pengumuman dilakukan oleh Amazon sebentar tadi. Gergasi edagang dan pembantu maya popular Alexa menarik dari dari MWC kerana kebimbangan wabak koronavirus yang tersebar ke seluruh dunia pada waktu ini.

Pengumuman ini dilakukan selepas NVIDIA, ZTE, LG dan Ericsson atas sebab yang sama. Sementara itu Samsung juga sedang mempertimbangkan perancangan mereka pada acara tahunan mereka. Acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada pagi Rabu ini walau bagaimanapun akan diteruskan. Setakat ini lebih 900 individu telah terkorban akibat wabak 2019-nCov yang dikesan di Wuhan sejak sebulan lalu.


TIPS & ULASAN