Carian
Samsung Menawarkan Skrin Boleh-Lipat Dengan UTG Kepada Pengeluar Peranti Lain
February 24, 2020 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Z Flip ialah peranti pertama dilancarkan dengan skrin boleh-lipat yang mempunyai lapisan kaca ultra nipis UTG. Dengan teknologi ini, skrin lebih tahan lasak dan selesa digunakan berbanding skrin boleh lipat generasi pertama Galaxy Fold. Mereka kini menawarkan teknologi skrin ini kepada pengeluar lain yang berminat.

Samsung Galaxy Z FlipKata UTG Samsung adalah hanya setebal 30㎛ tetapi masih tahan dilipat sehingga 200,000 kali. Dengan menawarkan skrin UTG Kepada pengeluar lain, Samsung dapat meningkatkan jumlah peranti skrin bole-lipat di pasaran. Selain Samsung, LG dan BOE turut menghasilkan skrin boleh-lipat tetapi tanpa teknologi UTG. Apa yang mereka lakukan ini tidaklah mengejutkan kerana mereka telahpun menjual skrin OLED kepada Apple, Xiaomi, OnePlus dan Oppo sejak lima tahun kebelakangan ini.

Komen