Cari @ Amanz

Sony semalam mengumumkan usahasama strategik menggunakan lensa keluaran ZEISS pada peranti Xperia keluaran mereka. Pengumuman diumumkan serentak dengan pelancaran Xperia 1 II yang dilengkapi lensa ZEISS. Ini menimbulkan spekulasi sama ada Nokia akan terus menggunakan lensa ZEISS pada peranti mereka.

Juho Sarvikas yang merupakan ketua pegawai produk HMD Global telah mengesahkan menerusi akaun Twitter beliau bahawa syarikat beliau akan terus menggunakan lensa keluaran ZEISS. Sebelum ini lensa ZEISS diumumkan akan digunakan secara eksklusif pada peranti Nokia.

Sejak penggabungan perniagaan telefon pintar dan kamera Sony tahun lalu, mereka akhirnya menggabungkan kepakaran teknologi kamera pada telefon pintar. Selama ini lensa ZEISS sekadar digunakan pada kamera digital mereka sahaja. Selain ZEISS, Sony juga menjalinkan kerjasama dengan syarikat Light bagi menghasilkan sistem kamera multi lensa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd