Dron Bawah Laut Swalayar Berbentuk Ikan Pari Dibangunkan Oleh Lockheed Martin

Dron Bawah Laut Swalayar Berbentuk Ikan Pari Dibangunkan Oleh Lockheed Martin

Diterbitkan pada Feb 25, 2020 oleh .

Dron swaterbang telah digunakan secara meluas oleh pelbagai pasukan tentera dunia bagi tujuan pemantauan pergerakan musuh dan melakukan rondaan di perbatasan. Evolusi seterusnya untuk teknologi ini ialah penggunaannya di bawah permukaan laut. Lockheed Martin minggu ini telah dianugerahkan kontrak untuk membangunkan dron bawah laut swalayar yang berbentuk seperti seekor ikan pari.

Kontrak projek Manta Ray bernilai $12.3 juta oleh DARPA ini adalah untuk membangunkan dron bersaiz besar bawah laut yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai misi tanpa pemantauan manusia. Apabila beroperasi ia boleh menawarkan bantuan logistik kepada anggota yang sedang menjalankan misi.

Sebelum ini Boeing telah menghasilkan dron kapal selam Echo Voyager yang boleh berlayar berbulan lamanya tanpa pemantauan manusia bagi tujuan pemetaan permukaan laut. Pada waktu yang sama dron swalayaer Sea Hunter mempunyai kemampuan melancarkan dron bawah lautnya sendiri bagi memburu kapal selam.



TIPS & ULASAN