Cip MediaTek Helio P95 Diumumkan Dengan GPU Keluaran PowerVR

Cip MediaTek Helio P95 Diumumkan Dengan GPU Keluaran PowerVR

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Sebuah lagi pemproses kelas pertengahan telah diumumkan oleh MediaTek hari ini. MediaTek Helio P95 ialah pemproses lapan teras dengan dua teras utama Cortex-A75 2.2 GHz dan enam teras Cortex-A55 2.0 GHz. Sementara itu GPU yang digunakan pula ialah PowerVR GM 9446 yang membawakan peningkatan kuasa grafik sehingga 10% berbanding generasi terdahulu.

Walaupun diumumkan sebagai cip baharu, spesifikasi Helio P95 adalah sama dengan Helio P90 yang diumumkan pada Disember 2018. Ia masih menggunakan teknologi 12nm,menyokong RAM sehingga 8GB, storan jenis UFS 2.1, satu lensa kamera 64-Megapixel atau dwi-lensa 24+16 Megapixel dan resolusi skrin FHD+ dengan nisbah 21:9.

 

Untuk prestasi kecerdasan buatan, MediaTek menggunakan APU 2.0 di mana ia akan mengesan kandungan atau aplikasi yang dibuka pada peranti seperti video atau permua dan prestasinya akan dioptimasikan. Fungsi kecerdasan buatan pada Helio P90 ini juga mampu menstabilkan rakaman untuk panggilan video.

Untuk rangkaian pula ia hanya menyokong 4G LTE, WiFi masih menggunakan teknologi laman Wi-Fi 802.11a c, Bluetooth 5.0, sokongan dwi-VoLTE dan sokongan ViLTE. Di atas kertas MediaTek Helio P95 ialah pesaing kepada Snapdragon 712 dan berada di atas Helio G80 dan Helio G70.


TIPS & ULASAN