Pengeluaran iPhone Dijangka Akan Terus Terjejas Sehingga Suku Kedua 2020 Akibat Koronavirus

Pengeluaran iPhone Dijangka Akan Terus Terjejas Sehingga Suku Kedua 2020 Akibat Koronavirus

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Apple telahpun mengesahkan mereka menjangka pengeluaran produk mereka akan terjejas akibat wabak Covid-19 di China yang mengakibatkan kilang terpaksa ditutup. Antara produk paling terjejas teruk ialah iPhone dengan ramalan pengeluaran mungkin terjejas sehingga April.

Tetapi menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, pengeluaran iPhone mungkin akan terjejas sehingga suku kedua 2020.Ramalan ini dilakukan selepas pembekal komponen kamera LG Innotek telah menutup kilang mereka di Daegu Korea Selatan kerana penularan wabak di negara tersebut. Sehingga kini jumlah tenaga kerja kilang di China dijangka akan hanya kembali normal pada bulan Mei.

Selain menjejaskan pengeluaran produk sedia ada, Covid-19 turut mendatangkan impak ke atas produk baharu seperti iPad Pro 2020, iPhone 9 dan AirPod baharu.


TIPS & ULASAN