Peranti 5G Nokia Pertama Akan Diperlihatkan Dalam Filem James Bond: No Time To Die

Peranti 5G Nokia Pertama Akan Diperlihatkan Dalam Filem James Bond: No Time To Die

Diterbitkan pada Mac 6, 2020 oleh .

Beberapa hari yang lepas, kerangka kevlar edisi James Bond dihasilkan untuk peranti Nokia 6.2 dan Nokia 7.2. Kerangka ini dihasilkan bersempena dengan filem James Bond: No Time To Die yang akan ditayangkan pada tahun ini. Ini adalah sesuatu yang baru, kerana sebelum ini mereka menggunakan peranti dari Sony Erricson.

Terkini, laporan dari GSMArena memaklumkan yang watak utama mereka Agent Nomi (lakonan Lashana Lynch) akan menggunakan peranti 5G pertama dari Nokia. Agent Nomi dikatakan akan menggunakan peranti ini bagi menyelesaikan misi beliau. Bukan itu sahaja, peranti Nokia 7.2 dan peranti klasik mereka Nokia 3310 turut akan diperlihatkan dalam filem ini. Nokia sudah pun mengesahkan yang peranti baharu mereka akan dilancarkan pada 19 Mac dan ia berkait rapat dengan filem James Bond: No Time To Die. Ketua eksekutif Nokia, Juho Sarvikas mengicau dengan kapsyen No Time To Wait bersama-sama dengan video acah yang mirip dengan intro James Bond.

Dalam acara yang sama peranti klasik yang kelihatan sepertiĀ Nokia XpressMusic mungkin akan diperlihatkan. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN