Pelancaran global Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro sepatutnya berlaku pada 24 Februari lalu ketika acara MW Barcelona. Selepas acara ini dibatalkan akibat kerisauan wabak Covid-19, Xiaomi berkata ia akan dijadualkan semula pada bulan Mac. Hari ini mereka mengesahkan tarikh baharu pelancaran global ialah pada 27 Mac.
Pelancaran akan dilakukan secara atas talian menerusi YouTube, Facebook dan Twitter. Sejak dilancarkan di China pada 13 Februari lalu, peranti menerima sambutan yang hangat. Kedua-dua model dilengkapi Snapdragon 865 serta kamera utama sebesar 108 Megapixel. Di atas kertas ia antara peranti paling berkuasa setakat ini dengan kemampuan fotografi terbaik setanding dengan Find X2 yang dilancarkan semalam.