Huawei Memberikan Sebab Mengapa Skrin P40 Pro Bukan 120Hz

Huawei Memberikan Sebab Mengapa Skrin P40 Pro Bukan 120Hz

Diterbitkan pada Apr 9, 2020 oleh .

Antara perkara yang mengecewakan pada Huawei P40 Pro dan P4o Pro+ ialah kedua-dua peranti mercu terkini ini hanya dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Pengeluar lain seperti Oppo dan Samsung sudahpun memasarkan peranti mercu dengan skrin 120Hz sekaligus membuatkan siri P40 Pro mempunyai kekurangan yang ketara. Huawei akhirnya memberikan sebab mengapa mereka memilih untuk menyokong 90Hz sahaja pada peranti mereka,

Huawei P40Menurut Richard Yu yang merupakan CEO bahagian peranti muda alih, kedua-dua skrin P40 Pro dan P40 Pro+ hanya menyokong 90Hz setelah mengambil kiri tahap penggunaan bateri. Beliau turut menegaskan walaupun sekadar 90Hz, pengalaman menggunakan peranti mereka masih lagi akan kelihatan lancar.

Seperti artikel yang telah kami terbitkan sebelum ini, P40 Pro dn P40 Pr0+  menggunakan skrin OLED yang dikeluarkan oleh Samsung. Maka sebenarnya peranti-peranti Huawei ini mempunyai kemampuan menyokong kadar segar semula 120Hz. Tetapi bateri 4200 mAh yang digunakan pada peranti-peranti ini adalah kecil jika dibandingkan dengan Galaxy S20 Ultra misalnya.

Apabila ditambah pula dengan sokongan rangkaian 5G, ketahanan peranti juga perlu diambil kira kerana ia boleh memendekkan hayat bateri sehingga 20%, Maka tidak mengejutkan Huawei mengambil keputusan selamat untuk sekadar menyokong skrin 90Hz pada waktu ini. Pada pendapat anda adakah ketiadaan skrin 120Hz satu kekurangan yang besar di pasaran?



Paling Popular