Carian
Samsung Akan Melancarkan Kad Debit Mereka Sendiri
May 8, 2020 Effi Saharudin

Dunia semakin selesa dengan perbankan digital tanpa memerlukan sebarang kad fizikal. Tetapi antara perkembangan aneh sejak setahun lalu ialah syarikat pengeluar telefon pintar pula mengeluarkan kad fizikal. Samsung telah mengumumkan mereka akan melancarkan kad debit mereka sendiri.

Samsung akan bekerjasama dengan Sofi bagi menawarkan kad debit yang berinovatif lengkap dengan sistem pengurusan kewangan tersendiri. Sofi menawarkan perkhidmatan pinjaman wang kepada pelajar, hartanah serta pelaburan. Penawaran kad debit ini dilakukan sebagai satu lagi langkah evolusi Samsung Pay yang menyambut ulang tahunnya yang ke lima Mac lalu. Seperti Apple dan Huawei, Samsung tidak ingin ketinggalan untuk menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pelanggan mereka.

Komen