Carian
Huawei P40 Lite 5G Dilancarkan Dengan Cip Kirin 820
May 16, 2020 Effi Saharudin

Keluarga peranti di bawah siri P40 bertambah menjadi empat dengan pelancaran Huawei P40 Lite 5G untuk pasaran Eropah. Walaupun menggunakan nama P40, ia sebenarnya adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang dijana cip Kirin 820. Ini berbeza dengan P40 Lite yang dilancarkan sebelum ini dengan cip Kirin 710F.

Dari segi spesifikasi, Huawei P40 Lite 5G dilengkapi skrin 6.5″ LCD FHD+, menawarkan memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 40W.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 16-megapixel, selain menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm.

Sekiranya anda kenal dengan spesifikasi ini, ia adalah kerana ia sama dengan Nova 7 SE yang diumumkan bulan lalu di China. Di Eropah peranti ini dijual pada harga 400 Euro (~RM1883) sebuah dalam warna putih, hitam dan hijau.

Komen