Carian
Imej Sebenar Honor X10 Tertiris – Rekaan Kamera Mirip Siri Honor 30
May 18, 2020 Amy Maizuraa

Semakin hampir dengan tarikh pelancaran rasmi, semakin banyak nampaknya ketirisan yang dikongsi mengenai Honor X10. Terkini, beberapa imej didakwa memaparkan rekaan Honor X10 secara langsung pula dikatakan telah tertiris di arena web.

Memetik imej dikongsi, ia memperlihatkan panel belakang peranti mempunyai modul berbentuk segi empat tepat dan menempatkan tiga kamera bersama satu flash. Jika diteliti, penampilan rekaan kamera ini kelihatan mirip seperti siri Honor 30. Malangnya, tiada seberang imej tersebar yang memperlihatkan rekaan hadapan peranti.

Terdahulu, khabar angin mengatakan tiga lensa pada Honor X10 mungkin terdiri daripada lensa utama 40MP, lensa ultra lebar dan lensa kedalaman. Honor juga dikatakan telah mengesahkan bahawa sensor utama akan menggunakan sensor RYYB yang mampu menghasilkan penggambaran malam menakjubkan. Benar atau tidak? Nantikan pelancaran rasmi pada 20 Mei kelak.

Komen