Carian
Fitbit Hadir Dengan “Flow” – Ventilator Kualiti Tinggi Kos Rendah
June 4, 2020 Fahim Zahar

Dunia tular dengan virus Covid-19 yang menjadikan ramai orang terkorban, keadaan menjadi huru-hara, peraturan baru diperkenalkan, perintah berkurung dilaksanakan dan banyak pekerja hilang pekerjaan akibat syarikat tidak boleh beroperasi. Hospital dan pusat kesihatan juga penuh untuk membuat ujian saringan dan rawatan pesakit-pesakit yang dijnagkiti Covid-19. Banyak peralatan tidak mencukupi, antaranya adalah mesin bantuan pernafasan – atau pun ventilator.

Kita sudah lihat ventilator dari Dyson, Petronas akan hadir dengan sejenis cip dan NVIDIA hadir dengan ventilator sumber terbuka. Terkini, Fitbit pula ingin melakukan perkara yang sama melalui “Flow” – iaitu ventilator kos rendah yang berkualiti tinggi. Dengan menggunakan para pekerja mereka yang sudah pun pakar dalam kategori teknologi sensor, robotik, pemproses isyarat, bekalan, logistik dan rekaan mereka berjaya menghasilkan Flow. Flow bukan sahaja murah, tetapi turut mudah digunakan untuk sesebuah alat resusitasi. Fitbit berjaya hasilkan Flow dalam masa yang singkat, kerana kebanyakan perkara yang dibina pada ini sudah mereka kenal.

Turut menjayakan projek ini adalah melalui nasihat dan pendapat yang mereka terima dari doktor-doktor yang sedang merawat pesakit Covid-19. Flow turut menggunakan beg alat resusitasi yang biasa, beberapa sensor, sistem penggera dan sistem kawalan penghantaran untuk aras tekanan. Ia dibina dari aluminium, terdapat panel lutsinar untuk doktor memantau keadaan pam, paparan terbina, modular, dan akan memudahkan sesiapa yang menggunakannya. Flow juga telah diiktiraf oleh FDA untuk penggunaan sepanjang tempoh Covid-19 masih tular.

Komen