Google Memperlihatkan Demo Teknologi Pembatalan Hingar Untuk Google Meet

Google Memperlihatkan Demo Teknologi Pembatalan Hingar Untuk Google Meet

Diterbitkan pada Jun 10, 2020 oleh .

Google Meet diperkenalkan pada dua bulan lepas, ia adalah Hangout Meet yang dijenamakan semula. Dalam Google Meet ini, ia menawarkan pelbagai fungsi menarik untuk sesebuah program telesidang – seperti mod kurang cahaya, mod pembentangan, mod pembatalan hingar dan banyak lagi. Dengar menarik, tetapi ia eksklusif untuk pengguna GSuite terlebih dahulu dan hanya diedarkan secara percuma kepada semua pada bulan lalu.

Terkini, Google telah mula mengedarkan kemaskini yang mengaktifkan mod pembatalan hingar – tetapi hanya kepada pengguna GSuites terlebih dahulu. Melalui Venturebeat, wakil Google telah memperlihatkan demo betapa hebatnya mod pembatalan hingar yang mereka gunakan. Google menggelar teknologi ini sebagai pembatalan hingar awanan (cloud denoiser) yang mana, menggunakan pembelajaran mesin. Menurut wakil Google tersebut, suara pengguna yang menggunakan Google Meet ini akan memasuki Google Cloud untuk menghadapi proses pembatalan hingar ini dan ia akan fokus pada vokal pengguna dan membatalkan bunyi-bunyi lain.

Dalam video demo, bunyi seperti plastik keropok, pen yang ditekan-tekan tanpa henti, bunyi sudu yang terkena pada cawan ketika mengacau, dan banyak lagi boleh dibatalkan begitu sahaja. Tambahan beliau lagi, bunyi bayi menangis dan anjing menyalak juga boleh ditapis. Bunyi tepuk tangan dan notifikasi dari telefon pintar turut dikatakan boleh dibatalkan begitu sahaja. Walaupun suara pengguna akan menjadi sedikit kedap dan kurang enak, ia adalah satu pembelajaran mesin dan ia akan menjadi semakin baik di masa akan datang. Hanya baru-baru ini dilancarkan, kita perlu tunggu lagi di masa akan datang untuk lihat kehebatan teknologi ini menjadi semakin hebat.



Paling Popular