Dalam minggu ini sahaja, kita dapat saksikan beberapa buah jenama yang telah muncul dengan teknologi pengecasan pantas terbaru. Oppo dengan teknologi Super FlashCharge 125W dan IQOO pula dengan teknologi FlashCharge 120W.
Realme juga tidak mahu ketinggalan dengan membuat kejutan apabila dikatakan bakal muncul dengan teknologi pengecasan pantas terbaru pada 16 Julai 2020. Pun begitu, maklumat mengenai kadar dan keupayaan pengecasannya masih menjadi tanda tanya. Ramai berspekulasi teknologi terbaru ini mungkin menyokong kadar pengecasan mencapai 125W. Seperti biasa, maklumat masih diperingkat ura-ura dan kita bakal ketahui lebih lanjut pada acara perasmian kelak.
Tetapi jika ianya benar, kita dapat lihat banyak penawaran peranti pintar dengan pengecasan pantas lebih baik pada masa akan datang. Dalam pada itu, Realme juga dilaporkan bakal melancarkan peranti dengan bateri 6000mAh kelak.