Google Dilaporkan Turut Berminat Untuk Melabur Pada Jio Platforms

Google Dilaporkan Turut Berminat Untuk Melabur Pada Jio Platforms

Diterbitkan pada July 15, 2020 oleh .

Jio Platforms merupakan salah satu syarikat teknologi dari India yang kini kian mendapat perhatian ramai syarikat teknologi luar. Ia merupakan firma telekomunikasi, yang turut menawarkan sejumlah perkhidmatan digital lain melaluinya – termasuk panggilan video, penstriman, edagang dan sebagainya.

Jio Platforms diperkatakan mempunyai lebih 388 juta pelanggan berbayar, dan menyasarkan untuk mempunyai sekitar 500 juta pelanggan dalam beberapa tahun lagi. Dengan angka pelanggan berbayar aktif, semestinya pelbagai syarikat ingin turut mendapatkan pegangan pada Jio Platforms.

Sebelum ini, Facebook, Microsoft, Intel dan Qualcomm telah melakukan pelaburan strategik pada syarikat tersebut. Kini, ia diperkatakan Google turut dalam perbincangan awal, dan akan membuat pelaburan sehingga $4 bilion pada Jio Platforms.

Google dilaporkan berminat untuk melabur dalamm terus mempromosikan perkomputeran awan mereka, selain sistem operasi Android.

Mungkinkah selepas ini, kita akan melihat lebih banyak syarikat turut melabur pada Jio Platforms, sekaligus menjadikannya salah satu syarikat teknologi dengan pelaburan daripada pelbagai pihak dan gergasi internet seluruh dunia.



TIPS & ULASAN