Semalam pihak Vivo Malaysia melangsungkan acara pelancaran khusus untuk media bagi peranti Vivo X50 Pro dan Vivo X50. Kedua-duanya dilengkapi cip Snapdragon 765G lengkap dengan sokongan rangkaian 5G. Yang menjadi misteri pastinya mengapa Vivo X50 Pro+ dengan Snapdragon 865 tidak dilancarkan sekali?
Menerusi laporan Nextrift, wakil Vivo Malaysia mengesahkan peranti mercu ini tidak akan dilancarkan secara rasmi di negara kita. Vivo melihat hanya peranti kelas pertengahan premium X50 sahaja sudah memadai tahun ini dengan pasaran peranti mercu Snapdragon 865 diberikan kepada Oppo dan Realme bagi syarikat di bawah BBK Electronics. Kami tidak terkejut jika ia dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dengan Realme X50 Pro 5G dengan Snapdragon 865 yang mempunyai nama yang sama.
Vivo X50 Pro dan X50 akan dilancarkan secara rasmi lengkap dengan pengumuman harga pada 21 Julai kelak. Kedua-duanya ada peranti pertama dengan Snpadragon 765G di Malaysia.