Cari @ Amanz

Rata-rata kini orang ramai dilihat begitu teruja menunggu kemunculan OnePlus Nord yang dijadualkan diperkenalkan pada 21 Julai ini. Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan spesifikasi penuh peranti ini telah tertiris, termasuk tetapan kamera utamanya yang dikatakan dilengkapi empat kamera di belakang dengan lensa utama 48-Megapixel.

Namun, ternyata ianya benar apabila konfigurasi kamera utamanya telah disahkan. Memetik forum OnePlus, peranti ini disertakan sokongan enam kamera – empat di belakang dan dua di hadapan. Melaluinya, kita akan temui 48-Megapixel (sensor Sony IMX586), 8-Megapixel untuk lensa sudut lebar, 5-Megapixel (kedalaman) dan lensa makro. Untuk hadapan pula, ia menggabungkan lensa 32-Megapixel bersama sebuah lensa sudut ultra lebar tambahan dengan sudut pandang sehingga 105 darjah.

Difahamkan, OnePlus bekerjasama dengan Sony untuk menyediakan perkakasan kamera yang hebat. Selain, dikatakan turut membuat pelbagai peningkatan pada perisian untuk menjadikannya baik dalam pelbagai jenis senario. Sejauh mana agaknya kehebatan kamera ini? Kita tunggu kemunculan rasminya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd