Carian
Samsung Galaxy Note 20 Ultra Ialah Peranti Pertama Yang Menyokong Penstriman Project xCloud
July 22, 2020 • Effi Saharudin

Serentak dengan imej pengolokan ramsi dan spesifikasi penuh yang tertiris pagi ini, laman Winfuture turut memberikan maklumat yang amat menarik mengenai Galaxy Note 20 Ultra. Menurut mereka Galaxy Note 20 Ultra akan menjadi peranti pertama yang menyokong Xbox Game Pass Ultimate.

Project xCloudPerkhidmatan yang akan mula beroperasi September hadapan akan membolehkan 100 permainan di dalam katalog Xbox Game Pass distrim terus pada telefon pintar menerusi Project xCloud. Berita ini tidaklah begitu mengejutkan kerana Samsung dilaporkan kerjasama dengan Microsoft untuk menyokong Project xCloud pada penghujung Oktober lalu. Mereka sanggup mematikan perkhidmatan penstriman permainan video PlayGalaxy Link mereka Mac lalu bagi memberikan laluan.

Kerjasama yang rapat di antara Samsung dan Microsoft turut membolehkan Samsung DeX dibuka terus dari komputer Windows 10 lengkap dengan pemindahan data rentas platform. Peranti Samsung juga yang terawal diberikan sokongan menjawab telefon dari dalam Windows 10 menggunakan aplikasi Your Phone.

Komen