Peranti OnePlus Lemonade Sedang Dibangunkan – Mungkin Sebuah Lagi Peranti Murah?

Peranti OnePlus Lemonade Sedang Dibangunkan – Mungkin Sebuah Lagi Peranti Murah?

Diterbitkan pada Sep 2, 2020 oleh .

Sejak kebelakangan ini, OnePlus dilihat sedang serius membangunkan peranti kelas pertengahan dan kelas permulaan. Selepas hadir dengan OnePlus Nord, mereka sedar dan lihat yang pasaran peranti pelbagai kelas boleh menjana lebih keuntungan dan boleh memperoleh lebih ramai pengguna jenama ini.

Terkini, terdapat peranti OnePlus dengan kod nama Lemonade telah muncul dalam kod pembangunan Oxygen OS 11 Beta 4. Terdapat beberapa variasi untuk peranti ini iaitu, lemonade, lemonadep, lemonadept, lemonade, dan lemonadev. Walau bagaimanapun tiada butiran yang jelas peranti apakah OnePlus Lemonade ini. OnePlus juga sudah sedia dengan pengecas 18W yang mana mungkin akan digunakan untuk peranti “murah” mereka.

Sekarang apa yang ada dalam senarai pembangunan peranti OnePlus adalah OnePlus Clover yang dijana Snapdragon 460, OnePlus Billie yang dijana Snapdragon 690, OnePlus Kebab yang dijana snapdragon 865+ (mungkin OnePlus 8T) dan peranti misteri OnePlus Lemonade ini. Apa=apa pun, sama-sama kita nantikan.



Paling Popular