Realme 7 Dan 7 Pro Kini Rasmi – Sokong MediaTek Helio G95, Kamera Utama 64MP

Realme 7 Dan 7 Pro Kini Rasmi – Sokong MediaTek Helio G95, Kamera Utama 64MP

Diterbitkan pada Sep 3, 2020 oleh .

Selepas siri Realme X7, kini giliran siri Realme 7 pula diperkenalkan secara rasmi. Realme telah memperkenalkan dua buah model berbeza di bawah siri ini yang terdiri dengan Realme 7 dan Realme 7 Pro. Kedua-dua peranti ini hadir dengan sejumlah penambahbaikan lebih menarik dan ia merupakan pengganti seterusnya untuk siri Realme 6 yang dilancarkan sebelum ini.

Bermula dengan Realme 7 Pro terlebih dahulu. Peranti ini membawakan paparan berukuran 6.4-inci Super AMOLED FHD+ dengan sokongan kadar segar semula standard 60Hz. Seterusnya, peranti ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 720G dengan paduan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4x) dan ruang storan dalaman 128GB (UFS 2.1).

Empat kamera yang disertakan pada peranti ini terdiri dengan konfigurasi 64-Megapixel (f/1.8) (Sony IMX682) (utama) + 8-Megapixel (f/2.3) (ultra-lebar) + 2-Megapixel (portrait) + 2-Megapixel (makro). Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Melengkapi peranti juga adalah bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W SuperDart yang berupaya mengecas penuh dalam hanya 34 minit sahaja. Spesifikasi lain termasuklah Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan dan Wi-Fi 802.11ac.

Seterusnya, kita bergerak pula kepada Realme 7. Peranti ini membawakan skrin berukuran 6.5-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Berbeza dengan versi Pro, Realme 7 menyertakan sokongan skrin dengan kadar segar semula tinggi 90Hz. Untuk tunjang utama, ia menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G95 dengan paduan memori sehingga 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman sehingga 128GB (UFS 2.1).

Untuk tetapan kamera, ia membawakan konfigurasi yang sama seperti versi pro melalui gabungan lensa 64-Megapixel (f/1.8) (Sony IMX682) (utama) + 8-Megapixel (f/2.3) (ultra-lebar) + 2-Megapixel (portrait) + 2-Megapixel (makro). Tetapi, berbeza pula dengan kamera swafotonya yang hanya sebesar 16-Megapixel (Sony IMX471).

Baterinya juga berbeza dan lebih besar dengan sokongan 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W Dart Charge. Spesifikasi lain termasuklah Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, sokongan pengimbas cap jari sisi dan Wi-Fi 802.11ac.

Untuk penawaran harga, Realme 7 dijual pada harga bermula Rs.14,999 (~RM850) dan Realme 7 Pro pula bermula Rs. 19,999 (~RM1,128) untuk versi asas. Buat masa ini, kedua-dua peranti hanya tersedia di pasaran India sahaja.



TIPS & ULASAN