Carian
Asus ROG Phone 3 Dan Zenfone 7 Dilengkapi Sistem Pengecas Yang Memintas Bateri Untuk Sesi Permua Panjang
September 7, 2020 Effi Saharudin

Mengekalkan sambungan pengecas pada peranti selepas bateri telah dicas sepenuhnya akan memendekkan hayatnya. Oleh sebab itu semakin banyak peranti yang mempunyai sistem yang memperlahankan pengecasan dari 90% ke 100% ketika melakukan pengecasan semalaman.Pengguna Asus ROG Phone 3 dan Zenfone 7 walau bagaimanapun tidak perlu risau dengan situasi ini.

Kedua-duanya dilengkapi sistem pengecas yang boleh memintas bateri apabila ia mengesan pengguna sedang menjalankan permua. Pengecas boleh terus disambungkan kepada peranti selama yang diperlukan tanpa bateri terjejas.

Ini ialah ciri yang pernah suatu ketika dahulu adalah standard pada telefon pintar tetapi dihentikan selepas bateri tidak lagi boleh ditanggalkan. Selain dua peranti ini, Sony Xperia 1 II juga turut mempunyai sistem pintasan kuasa untuk permua yang sama.

Komen