Carian
OnePlus Watch Mungkin Akan Menggunakan Skrin Berbentuk Bulat
September 11, 2020 Fahim Zahar

Tahun 2015, kami dapat menemubual bersama Carl Pei iaitu pengasas bersama OnePlus. Kami pernah bertanyakan soalan sama ada adakah merekan akan hadir dengan peranti boleh pakai? Katanya pasaran jam tangan pintar masih belum sempurna. Kemudian mereka tetap menghasilkan produk ini, cuma disebabkan tidak sempurna ia dibatalkan. Lakaran rekaan jam tangan mereka turut didedahkan, yang mana mempunyai rekaan skrin bulat.

Selang lima tahun kemudian, OnePlus dari terkenal sebagai produk pembunuh peranti mercu kini sudah beralih kepada peranti mercu premium dan bersedia hadir dengan jam tangan pintar. Bulan lepas, produk OnePlus Watch telah tersenarai IMDA. Ia didaftarkan oleh anak syarikat Oppo – Sinoppel Device Ptd Ltd. Terkini, logo acah jam tangan pintar mereka telah tertiris. Ia memperlihatkan penggunaan nama “Wotch”, yang mana huruf “A” digantikan dengan huruf “O”. Ada kemungkinan besar, ia adalah petanda yang jam ini akan mengguna rekaan skrin bulat – secara tidak langsung mungkin mereka mengitar semula sahaja rekaan lama.

OnePlus Watch

Disebabkan anak syarikat Oppo yang mendaftarkan produk ini, tidak terkejut jika OnePlus Watch akan hadir dengan spesifikasi seperti Oppo Watch iaitu 1.6/1.9 inci, dijana cip Snapdragon 3100, memori 1GB RAM dan storan sebesar 8GB. Jika Oppo menggunakan Wear OS dengan antaramuka ColorOS – ada kemungkinan OnePlus Watch juga adalah Wear OS dengan antaramuka Oxygen OS.

Komen