Cari @ Amanz

Hari ini kami telah melaporkan mengenai harga OnePlus 8T 5G yang telah tertiris. Ia dilihat bakal dijual pada harga yang agak mahal dan tidak setanding dengan model “T” pada sebuah peranti OnePlus. Peranti ini akan dilancarkan tidak lama lagi dan rasanya peminat akan kecewa.

Peniris terkenal Ishan Agarwal telah menciap spesifikasi penuh bagi peranti ini. Ia dilihat selari dengan laporan sebelum ini, iaitu OnePlus 8T akan kekal dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 biasa dan bukannya 865+.

OnePlus 8T 5G dikatakan menggunakan skrin 6.5″ 120Hz FHD+ (mungkin kekal dengan Fluid AMOLED), dijana Snapdragon 865, memori 8/12 GB RAM dan storan dalaman 128/256 GB. Kamera utama dilihat sama dengan OnePlus 8/8 Pro iaitu 48MP yang digabungkan dengan lensa 16MP + 5MP + 2MP serta kamera swafoto 16MP. Bateri pula adalah 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Warp Charge 65W.

Kali ini peranti ini ditawarkan dengan dua warna baru, iaitu Aquamarine Green atau Lunar Silver. Harga jualan seperti yang kami laporkan sebelum ini akan mencapai sehingga RM4,375. Ia dilihat hanyalah sebuah OnePlus 8 dengan skrin 120Hz dan sistem pengecasan yang lebih pantas.

Peranti ini akan dilancarkan pada 14 Oktober. Sama-sama kita nantikan, apa yang sebenarnya OnePlus cuba lakukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd