Carian
OnePlus 8T Mungkin Akan Dijana Snapdragon 865 Sahaja, Bukannya Snapdragon 865+
September 14, 2020 Fahim Zahar

OnePlus 8T akan dilancarkan tidak lama lagi, yang mana ia adalah pengganti kepada OnePlus 8. Biasanya variasi “T” akan mempunyai spesifikasi yang lebih berkuasa dari model lepas dan harga jualan adalah lebih menarik. Menurut beberapa laporan sebelum ini, OnePlus 8T mungkin akan menyertakan skrin 120Hz, dijana Snapdragon 865+, kuad-kamera 48MP, memori 8/128 GB dan menjalankan Andorid 11.

Tetapi informasi berkenaan OnePlus 8T ini bercampur aduk, ada info yang memberi petanda kamera OnePlus 8T adalah 64MP dengan sokongan rakaman video 8K serta akan menyokong pengecasan pantas 65W. Menurut laporan bulan Julai lepas, OnePlus 8T akan dijana Snapdragon 865 sahaja dan tidak akan dijana dengan Snapdragon 865+. Perkara ini disahkan lagi apabila baru-baru ini peranti sudah didaftarkan di BIS (seakan SIRIM di India) dengan kod nama KB2001. Ia adalah kod nama yang sama kita lihat dalam laporan bulan Julai di Geekbench – OnePlus 8T dijana Snapdragon 865 biasa sahaja.

Ini menjadikan persoalan, peranti OnePlus manakah yang akan dijana Snapdragon 865+ dan model mana yang ada kamera 64MP? Ura-ura mengatakan yang tahun ini mungkin tiada OnePlus 8T Pro. Jadi apa yang OnePlus cuba lakukan ini? Sama-sama kita nantikan.

Komen