Cari @ Amanz

Android TV berasaskan Android 10 mula diperkenalkan pada Disember tahun lepas. Peranti yang menjalankan sistem ini juga pada awalnya terhad kepada pembangun, melalui kotak set ADT-3. Baru-baru ini Google melancarkan Chromecast with Google TV, yang merupakan peranti pertama Android TV berasaskan Android 10 yang stabil dan untuk semua pengguna.

Terkini Dynalink telah mula menjual kotak set mereka. Dynalink hanyalah sebuah kotak set ADT-3, yang mana kini mempunyai logo, diiktiraf Netflix dan Prime Video, menjalankan Android TV berasaskan Android 10 dan boleh ditawarkan untuk umum. Disebabkan ia sama sahaja dengan ADT-3, jadi ia kekal dengan cip Amlogic S905Y2, memori 2/8 GBresolusi 4K, Bluetooth 4.2 dan port kuasa 1x microUSB, port HDMI 1x serta sokongan WiFi 5Hz.

Ia dijual di Walmart pada harga $49.95, iaitu sekitar RM208 sahaja. Ia adalah sebuah kotak set murah dan berkuasa. Disebabkan ia berasaskan dari kit pembangunan, tidak dinafikan kemaskini adalah pantas. Ini merupakan kotak set kedua dengan Android 10 selepas dongel dari Google. Harga jualan ini adalah murah, malah lebih murah dari Xiaomi, TiVo Stream 4K dan banyak lagi yang masih menjalankan Android 9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd