Carian
Pengguna OnePlus Nord Mengalami Masalah Rangkaian – Internet Dan Panggilan Telefon Bermasalah
November 12, 2020 Fahim Zahar

Semakin hari, semakin kerap berita kurang baik mengenai OnePlus muncul di arena web. Baru-baru ini OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro mengalami masalah peranti terformat selepas mengemaskini Oxygen OS 11 versi stabil. Sebelum ini OnePlus Nord mengalami masalah yang sama juga. Tidak pasti apa masalah pada OnePlus ini, tetapi mereka benar-benar ada isu yang serius.

Terkini, beberapa pengguna OnePlus Nord telah melaporkan ada masalah sambungan Internet pula selepas mengemaskini ke OxygenOS 10.5.9. Antara masalahnya adalah aplikasi tidak dapat berhubung ke Internet, kelajuan Internet yang sangat perlahan dan banyak lagi. Masalah ini dilihat bukan sahaja pada Internet, rangkaian panggilan telefon juga bermasalah. Ramai pengguna melaporkan masalah panggilan yang terputus-putus selepas 10 saat.

Kebanyakan pengguna yang melaporkan masalah ini di forum rasmi OnePlus dilihat tidak mendapat sebarang maklum balas lagi. Jadi tidak pasti jika OnePlus sudah sedari mengenai isu ini atau mereka berpura-pura tidak bersalah. Ada yang mengatakan masalah ini akan dibaiki dengan kemas kini sekuriti November. Tetapi dengan OnePlus N10 5G dan OnePlus N100 hanya menerima satu kali kemas kini – kemas kini dari OnePlus kini sukar untuk dipercayai.

Sumber: [1], [2], [3], [4], [5], [6], [7], [8]

Komen