Apple Membayar $113 Juta Untuk Menyelesaikan Isu Pengurangan Prestasi iPhone Lama

Apple Membayar $113 Juta Untuk Menyelesaikan Isu Pengurangan Prestasi iPhone Lama

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Apple menimbulkan kemarahan pengguna iPhone selepas kemas kini perisian iOS 10.2.1 menyebabkan sebilangan peranti mengalami pengurangan prestasi tiga tahun yang lalu. Menurut Apple ini diaktifkan sekiranya peranti mengesan bateri tidak lagi beroperasi pada tahap optimum. Bagi mengelakkan peranti mengalami masalah, prestasi pemproses dikurangkan tanpa pengetahuan pengguna.

Mereka kini bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah dengan membayar $113 juta (~RM463 juta) kepada 33 negeri di Amerika Syarikat yang memulakan siasatan ke atas tindakan Apple mengurangkan prestasi bateri ini. Sebelum ini pada bulan Mac, Apple bersetuju membayar $500 juta (~RM2.04 bilion) kepada pengguna iPhone yang menyaman mereka kerana tindakan yang sama.

Selepas isu ini mendapat perhatian ramai, Apple menyertakan tetapan melihat kesihatan bateri terus pada skrin tetapan iPhone dan memohon maaf secara terbuka. Pengguna kemudian diberikan pilihan untuk mengurangkan prestasi peranti atau terus menggunakannya dengan saranan untuk menukar bateri.



Paling Popular