Realme M3 telah dilancarkan semalam dengan cip Snapdragon 662 dan bateri sebesar 6000 mAh. Tetapi lebih mengejutkan ialah harga jualannya yang bermula dari RM499 sebuah. Oleh itu adalah sukar untuk mencari peranti seteru untuk dibandingkan. Kami akhirnya memilih untuk mencari peranti dengan kapasiti bateri dan harga jualan yang hampir setanding. Hasilnya ialah kami membandingkan Poco M3 dengan Realme C15 dan Oppo A53.
