Cari @ Amanz

Nampaknya, bukan satu tetapi dua model jam tangan yang bakal diperkenalkan oleh Huami pada 1 Disember ini. Selain daripada Amazfit GTS 2, jenama ini juga dilihat bakal memperkenalkan Amazfit Pop Pro. Jam tangan ini merupakan kesinambungan kepada Amazfit Pop (juga dikenali sebagai Amazfit Bip U) yang dilancarkan, tempoh hari.

Menariknya lagi, poster acah yang dikongsi telah mendedahkan sedikit sebanyak maklumat utama berkaitan jam tangan ini. Antara yang dapat dilihat adalah skrin OLED 1.43-inci, sokongan NFC, sensor penjejak kesihatan, 60 mod sukan berbeza dan juga penilaian PAI. Boleh dikatakan, spesifikasi tersenarai ini dapat ditemui pada Amazfit Pop sebelum ini. Namun, perbezaan utama adalah ia dikatakan dilengkapi GPS terbina, selain menyertakan sokongan mikrofon.

Kita boleh menjangkakan penawaran harga juga mungkin sedikit tinggi berbanding versi standard. Tetapi seperti biasa, penawaran lebih lanjut sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak. Sekadar selingan, kepada yang berminat untuk mendapat Amazfit Bit U. Jam tangan ini telah ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM299 untuk seunit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd