Boeing Berjaya Melakukan Ujian 5 Pesawat Swaterbang Secara Berkumpulan

Boeing Berjaya Melakukan Ujian 5 Pesawat Swaterbang Secara Berkumpulan

Diterbitkan pada Dis 9, 2020 oleh .

Impian tentera di masa hadapan ialah menggantikan juruterbang manusia dengan pesawat dron berkemampuan swaterbang. Skyborg dan Loyal Wingman adalah dua projek yang telah mula dibangunkan dengan projek seperti Gremlin pula menggabungkannya dengan pesawat kargo. Selain itu Autonomous Systems Platform Technology Project oleh Boeing turut telah berjaya membuktikan sistem ini mampu digunakan di dunia sebenar.

Di Queensland, lima jet mini sebesar 3.4 meter telah berjaya melakukan penerbangan secara berkumpulan dalam ujian selama 10 hari. Pesawat terbang tanda sebarang campur tangan manusia. Ia sekadar diberikan arahan untuk melakukan misi sebelum berfikir sendiri untuk melengkapkan tugasan yang diberi.

Ujian dilakukan dengan pesawat-pesawat terbang sehingga kelajuan 270 km/j. Semasa beroperasi, kelima-limanya sering berhubung antara satu sama lain dan berkongsi data. Data yang dikumpul dari ujian Autonomous Systems Platform Technology Project akan digunakan oleh Boeing untuk membantu mereka memperhalusi Boeing Airpower Teaming System dan pesawat swataerbang mereka di masa hadapan.



Paling Popular