Cari @ Amanz

Google Photos selain daripada boleh membuat sandaran ke storan awan, ia juga menyokong fungsi suntingan. Pengguna bebas menyunting gambar masing-masing dengan idea kreatif tersendiri. Pada peranti Pixel, lebih banyak fungsi suntingan ditawarkan seperti pilihan Portrait Lighting.

Terkini, Google menambah satu lagi sokongan baharu – iaitu penuras HDR. Tetapi penuras ini terhad kepada pengguna peranti Pixel sahaja. Buka sahaja aplikasi Google Photos pada peranti Pixel, pilih gambar yang ingin disunting dan akan ada pilihan HDR ini. Penuras ini boleh dikawal aras intensiti dari 0 sehingga 100. Tetapi, ia hanyalah penuras semata-mata dan bukannya mengubah nilai HDR sebenar.

Walaupun sokongan sandaran gambar tanpa had akan dihentikan tidak lama lagi dan akan ada fungsi suntingan dihadkan kepada pengguna Google One – Google Photos masih mempunyai pengguna yang ramai sehingga telah mencapai 5 bilion jumlah muat turun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd