Carian
Proba Angkasa China Berjaya Kembali Ke Bumi Dengan Sampel Permukaan Bulan
December 17, 2020 Effi Saharudin

Proba angkasa Chang’e 5 buatan China telah berjaya kembali ke bumi selepas menjalankan misi mengambil sampel dari permukaan bulan. Ia mendarat di Mongolia dan adalah kali pertama sejak 1972 sampel dari bulan berjaya diambil selepas kali terakhir dilakukan oleh misi Apollo.

Sebanyak 2 kilogram sampel dipercayai berjaya dibawa pulang. Menerusi sampel yang dikumpul, China akan mengetahui lebih lanjut tentang geologi bulan. Dalam dekad ini beberapa lagi misi Chang’e akan dilancarkan bagi mencari lokasi terbaik untuk membina markas di permukaan bulan. China akan melakukannya sendiri tanpa bantuan dari NASA dan pentadbiran angkasa lepas negara lain yang bekerjasama untuk Misi Artemis.

Pentadbiran Angkasa Lepas China (CNSA) mencatatkan beberapa pencapaian besar sejak kebelakangan ini. Tahun lalu Chang’e 4 berjaya melakukan pendaratan pertama ke permukaan juah bulan dalam sejarah manusia. Sementara itu hanya dua minggu lalu proba Hayabusa2 oleh JAXA pula berjaya membawa pulang sampel dari permukaan asteroid buat pertama kali dalam sejarah.

Komen