Xiaomi Mi 11 Pro Akan Hanya Dilancarkan Februari Depan

Xiaomi Mi 11 Pro Akan Hanya Dilancarkan Februari Depan

Diterbitkan pada Dis 30, 2020 oleh .

Setakaty ini hanya Xiaomi Mi 11 telah dilancarkan sebagai peranti pertama dengan cip Snapdragon 888. Tetapi ramai sudah mengetahui bahawa Mi 11 Pro turut akan dilancarkan kerana imejnya telahpun tertiris sebelum ini. Bagi mereka yang menantikan model yang berspesifikasi lebih tinggi ini, penanti hanya berakhir pada bulan Februari 2021.

Menurut Digital Chat Station, Xiaomi Mi 11 Pro akan dipasarkan di China bermula 12 Februari sempena Tahun Baru Cina. Perbezaan model Pro berbanding biasa setakat ini hanya terletak pada kamera. Ia dilengkapi kuad kamera dan sistem telefoto teleskop.

Spesifikasi lain dijangka sama seperti yang telah dilakukan pada Mi 10T dan Mi 10T Pro sebelum ini. Bagi mereka yang menantikan Mi 11 pula, pihak Xiaomi Malaysia telahpun mengacah bahawa pelancaran tempatan akan dilakukan dalam masa terdekat.


Paling Popular