Huawei Melancarkan Jimmy Smart Handheld Wireless Vacuum Cleaner 1S – Vakum Mudah-Alih Nirwayar Mampu Milik

Huawei Melancarkan Jimmy Smart Handheld Wireless Vacuum Cleaner 1S – Vakum Mudah-Alih Nirwayar Mampu Milik

Diterbitkan pada Dis 30, 2020 oleh .

Huawei juga seperti Google, Apple dan Xiaomi mempunyai ekosistem peranti berhubung tersendiri. Google dengan Google Home, Apple ada HomeKit, Xiaomi ada Mi Home dan Huawei ada HiLink. HiLink sudah menyokong banyak peranti termasuk barangan elektrik Midea, paparan pintar Huawei, televisyen Huawei, pembesar suara pintar dan banyak lagi.

Terkini, Huawei telah melancarkan vakum mudah alih nirwayar pintar pula yang dinamakan Huawei Melancarkan Jimmy Smart Handheld Wireless Vacuum Cleaner 1S. Vakum ini turut menyokong tambatan HiLink, bermakna ada beberapa kawalan boleh dikawal dari peranti Huawei. Vakum ini mempunyai kuasa sedutan 120AW, 20Kpa, boleh mencuci karpet atau lantai tanpa sebatang masalah dan 18000mAh bateri daripada 6 sel 3000mAh bateri yang boleh bertahan selama satu jam penggunaan.

Berat hanya 1.25KG dan hadir dengan pelbagai aksesori berus, lima aras penapisan, penapis juga boleh dicuci agar vakum tidak mudah tersumbat. Berus yang ditawarkan ada empat jenis termasuk yang bermotor, khusus untuk tungau, dua dalam satu untuk sofa, dua dalam satu yang rata serta yang boleh digunakan pada banyaj situasi. Kawalan yang boleh dilakukan pada peranti adalah mod kerja, mod kuasa, status bateri dan kalori terbakar.

Harga jualan adalah RMB1,299 dan dijual di China sahaja. Harga ini adalah sekitar RM805 sahaja yang mana agak berbaloi.



Paling Popular