Cari @ Amanz

Samsung telah mengesahkan cip terkini Exynos mereka akan diumumkan pada 12 Januari hadapan ketika acara CES 2021. Ini pastinya tarikh cip Eyxos 2100 yang akan digunakan pada siri Samsung Galaxy S21 dilancarkan secara rasmi.

Sebuah video acah telahpun diterbitkan untuk acara ini. Seperti Apple 14 Bionic, Snapdragon 888 dan Kirin 9000, Exynos 2100 akan dihasilkan dengan teknologi 5nm. Dari beberapa maklumat yang telahpun tertiris Exynos 2100 akan menggunakan konfigurasi teras 1+3+4 sama seperti Snapdragon 888. Namun begitu teras utamanya adalah pada kelajuan 2.9 GHz, tri-kelas prestasi tinggi pula pada kelajuan 2.8 GHz dan empat teras kecekapan pula pada kelajuan 2.4 GHz.

Kelajuan kesemua terasnya lebih tinggi berbanding Snapdragon 888 iaitu satu teras2.84 GHz Kryo 680, tiga teras 2.4 GHz Cortex-A78 dan empat teras 1.8GHz Cortex A55. Exynos 2100 turut dipercayai akan menggunakan teras utama berasaskan Cortex-X1 seperti Snapdragon 888.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd