Laman Weibo Motorola baru-baru ini telah mengacah yang mereka akan hadir dengan peranti baharu tidak lama lagi, dengan tanda tagar Motorola Edge S. Tahun lepas Motorola ada melancarkan Edge+, jadi adakah Edge S ini penggantinya?

Beberapa laporan nyatakan yang Edge S ini mungkin adalah peranti Moto G untuk pasaran China. Tahun ini, Motorola mungkin akan hadir dengan peranti Moto G yang dijana dengan cip Snapdragon 8xx. Peranti ini dikatakan akan hadir dengan skrin 105Hz, diberi nama Motorola Nio, kamera 64MP dan dijana Snapdragon 865. Jadi, Moto G untuk pasaran global dan Edge S untuk pasaran China?

Peniris terkenal DigitalChatStation pernah menyatakan yang Motorola akan menggunakan cip Snapdragon 8xx yang belum diumumkan. Ia dikatakan mungkin cip berasaskan Snapdragon 865 yang dihasilkan khusus untuk Motorola. Peranti ini dijangka akan hadir dengan Android 11, pilihan memori 8GB atau 12GB RAM, kamera swafoto 16+8 Megapixel dan kamera utama 64+16+2 Megapixel.