Qualcomm Snapdragon 888 adalah cip peranti mercu terbaru yang dibina 5nm. Ia adalah cip pemproses yang akan bersaing dengan Apple A14 Bionic, Kirin 9000 atau kelak Exynos 2100. Selepas cip ini dilancarkan, Motorola terus mengumumkan fungsi yang boleh menggunakan peranti mercu mereka terus ke TV, permua yang imersif dan juga fungsi seakan Samsung DeX.

Motorola turut dikatakan akan hadir dengan peranti Moto G yang dijana cip pemprosesan Snapdragon 8xx. Peranti Moto G ini dikatakan adalah Moto Nio yang tertiris sebelum ini. Peranti ini dikatakan akan diperkenalkan pada lewat tahun ini dan mungkin dijana dengan cip Snapdragon 865. Skrin pula dikatakan menyokong sehingga 105Hz, yang mana mungkin terhad kepada 90Hz. Terkini, Evan Blass tekah memperlihatkan rekaan hadapan Moto Nio ini.
Peranti ini dilihat menggunakan rekaan skrin rata dengan dwi-lubang untuk kamera swafoto. Saiz skrin atau jenis panel masih tidak diketahui. Tetapi ia dilaporkan akan hadir dengan memori 8/256 GB, bateri 5000mAh, Sistem operasi Android 11 dan turut akan mempunyai port USB-C yang mungkin menyokong DisplayPort. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.
8GB of RAM, 256GB of storage, and a 5,000mAh battery, plus Android 11 running standard. Its USB-C port should offer support for the so-called DisplayPort Alternate Mode, which is what will endow it with the ability to connect to external monitors.