Samsung Galaxy Watch Active 2 Kini Boleh Dijejak Melalui SmartThings Find

Diterbitkan pada Jan 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Watch Active 2 adalah jam tangan pintar Samsung pada tahun 2019. Tahun 2021, usia jam ini sudah mula mencapai tiga tahun. Baru-baru ini, Samsung mula mengedarkan kemaskini, di mana jam ini boleh dijejak seakan menjejak menggunakan penjejak objek.

Oktober tahun lepas, Samsung mula memperkenalkan kemaskini aplikasi SmartThings yang mana mengaktifkan fungsi SmartThings Find. Melalui kemaskini ini peranti yang boleh dijejak ialah telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan juga fon telinga. Oktober 30, kemaskini ini mula diedarkan.

Terkini, jam Galaxy Watch Active 2 menerima kemaskini perisian di mana fungsi SmartThings Find diaktifkan. Secara tidak langsung, pengguna lebih mudah menjejak lokasi jam mereka dan lihat pada peta secara masa nyata. Perkara ini selari dengan Samsung yang baru sahaja melancarkan Galaxy SmartTag iaitu penjejak objek yang dijual pada harga RM79.

Perkara lain yang hadir dalam kemaskini ini adalah;

  • Pengguna kini boleh menikmati cabaran jala berkumpulan dengan rakan.
  • Pemantauan tidur kini mempunyai skor tambahan.
  • Masa pengesanan automatik senaman untuk berjalan, mesin mendayung dan elips lebih singkat.
  • Pengguna kini boleh bersenam dari rumah dengan lebih banyak program kecerdasan.
  • Jam kini boleh dijejak melalui SmarThings Find.

Kemaskini ini dilihat diedarkan kepada pengguna di Korea Selatan terlebih dahulu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami