ZTE Mula Mengacah Peranti Dengan Kamera Bawah Skrin Terkini Mereka

Diterbitkan pada Jan 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ZTE sedia hadir dengan peranti bersama sokongan kamera di bawah skrin menerusi pengenalan ZTE Axon 20 5G, tempoh hari. Ia sekaligus menjadikannya sebagai peranti pintar pertama dengan teknologi berkenaan yang ditawarkan secara komersial kepada pengguna.

ZTE Axon 20 5G

Penerimaan positif daripada ramai pihak berhubung pengenalannya – membuatkan ZTE dalam perancangan untuk terus menawarkan peranti bersama teknologi sebegini dengan lebih meluas. Bahkan, Ni Fei selaku presiden ZTE turut telah berkongsi mengenainya sebelum ini.

Terkini, ZTE dilihat mula mengacah peranti dengan kamera bawah skrin generasi kedua mereka dalam satu poster acah. Poster tersebut telah dikongsi oleh pihak ZTE menerusi laman Weibo, tetapi tidak mendedahkan secara khusus berkaitan nama model. Bagaimanapun, penggunaan nombor “30” pada imej berkenaan memberi bayangan bahawa produk dimaksudkan berkemungkinan besar adalah ZTE Axon 30.

Bahkan, sebelum ini terdapat desas-desus tersebar yang mengatakan model ini bakal menggunakan teknologi berkenaan. Sebagai tambahan, Axon 30 juga merupakan peranti daripada ZTE yang hadir dengan cip Snapdragon 888. Tapi, seperti biasa kita boleh menyasarkan ZTE bakal berkongsi lebih lanjut berkaitan perkara ini. Sama-sama nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami