Visionox Dilaporkan Mungkin Akan Membekalkan 15 Juta Panel Skrin Untuk Huawei Dan Honor

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Visionox adalah salah satu lagi pengeluar panel skrin yang besar. Panel OLED dari syarikat ini telah digunakan oleh banyak pengeluar peranti seperti Xiaomi, ZTE, Huami, LG dan lain-lain. Malah Visionox juga dikatakan adalah pembekal untuk ZTE Axon 20 5G yang mempunyai kamera bawah skrin. Baru-baru ini, Oppo dan Motorola juga dilaporkan telah menggunakan skrin dari Visionox.

Terkini, Visionox dilaporkan mungkin akan membekalkan sebanyak 5 juta panel skrin kepada Huawei dan 10 juta panel skrin kepada Honor. Sejak kebelakangan ini, Visionox meraih perhatian banyak syarikat lain, mereka juga dilaporkan memperoleh keuntungan sebanyak 141 juta sehingga 210 juta Yuan – di mana mencatatkan peningkatan 120% ke 227% untuk tahun-demi-tahun.

Tidak pasti lagi panel OLED apakah yang Visionox bakal bekalkan. Tetapi kita akan lihat pengumuman lanjut dari Honor dan Huawei dalam masa terdekat ini. Visionox juga baru memperlihatkan panel boleh-gulung dan boleh-lipat mereka dan dikatakan telah membekalkan stok panel OLED bernilai RM3 bilion kepada Huawei dan Xiaomi. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami