Carian
Nissan Berkata Mereka Tidak Melakukan Perbincangan Dengan Apple Mengenai Pembangunan Kereta
February 15, 2021 Effi Saharudin

Saga Apple Car menjadi semakin berkecamuk minggu lalu selepas Hyundai dan Kia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menghentikan perbincangan untuk membina kereta bersama Apple telahpun dihentikan. Ini dilalukan selepas wujud laporan Hyundai tidak mahu dilihat sebagai sekadar kontraktor yang mengilangkan kereta bagi pihak Apple.

Sejurus itu mula kedengaran ura-ura Apple memulakan pula perbincangan dengan Nissan.Tetapi menurut laporan Reuters hari ini, Nissan berkata pihak mereka tidak melakukan sebarang perbincangan dengan Apple mengenai pembangunan kereta swapandu. Penafian ini tidak bermakna ia tidak berlaku. Apple gemar berahsia dan tidak mahu perancangan mereka dilaporkan oleh pesaing.

Laporan bahawa Hyundai akan bekerjasama dengan Apple dipercayai adalah penyebab mengapa usahasama mereka kini telah dihentikan. Nissan sudahpun mempunyai sistem swapandu mereka sendiri yang diberi nama ProPilot sejak 2016. Dengan iterasi ProPilot 2.0 ia boleh melalukan swapandu sehingga tahap 3.

Komen