Carian
#MyDigital – Kerajaan Menyasarkan Pelaksanaan Sepenuhnya Identiti Digital Nasional Menjelang 2025
February 19, 2021 Aman

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah mendengar berkaitan pelaksanaan Identiti Digital Nasional, atau MyDigitalID. Pada 2020 yang lepas sendiri, kita telah melihat SKMM memperlihatkan konsep penggunaan – dan turut mengumpulkan maklumbalas berkaitan dengannya.

Terbaru, melalui pengumuman #MyDigital hari ini, kerajaan secara rasminya menyasarkan untuk pelaksanaan sepenuhnya identiti digital kebangsaan ini menjelang tahun 2025 kelak.

Melalui pelaksanaan ini, ia dijangka akan membantu transaksi atas-talian yang lebih selamat, pengurangan penipuan identiti, serta kos pentadbiran yang rendah dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap.

Identiti Digital Nasional ini juga dijangka akan menjadi pelengkap kepada MyKad sebagai bukti kewarganegaraan. Pelaksanaan ini akan memudahkan pengenalan diri secara digital apabila berurusan dengan pembekal perkhidmatan.

Komen