“Game Mode” Pada Android 12 Mungkin Terhad Kepada Google Pixel Sahaja

“Game Mode” Pada Android 12 Mungkin Terhad Kepada Google Pixel Sahaja

Diterbitkan pada Feb 23, 2021 oleh .

Android 12 sudah pun dilancarkan minggu lepas, yang mana masih berada di fasa pembangunan pertama dan eksklusif untuk peranti Pixel 3 dan ke atas sahaja. Antara perkara menarik dalam Android 12 ini adalah ia menyokong format fail AV1, yang mana boleh menjimatkan ruangan storan sambil fail media kekal berkualiti. Selain meneruskan fokus kepada privasi dan mungkin akan menawarkan sokongan kustomasi lebih mendalam dan antaramuka baharu.

Baca 12 Perkara Menarik Dalam Android 12 Di Sini

Salah satu perkara yang dijangka akan tiba dalam Android 12 adalah Game Mode, iaitu mod permua tersendiri dari Google. Selama ini, mod permua hanya ditawarkan oleh pengeluar peranti dan setiap mod adalah berbeza untuk setiap peranti. Ada yang fokus kepada pengurusan memori, ada yang fokus kepada Do Not Disturb dan ada juga yang terus menaikkan prestasi melalui kemampuan lewahjam.

Pihak XDA telah berjaya mengaktifkan mod ini. Dua ikon terapung akan muncul, iaitu ikon rakaman skrin dan juga ikon alat kawalan. Ikon rakaman skrin akan merakam skrin, yang mana sudah pun kita lihat hadir dalam Google Play Games. Tetapi ikon alat kawalan ini masih tidak dapat digunakan. Kod juga tidak jelas apakah fungsinya. Tetapi, mod ini berkemungkinan eksklusif untuk peranti Pixel sahaja. Ini kerana kod yang ditemui adalah  com.google.android.systemui, bukannya  com.android.systemui.

Ikon alat kawalan ini boleh jadi untuk sambungan kepada alat kawalan dan untuk penggunaan kawalan haptik. Alat kawalan seperti Stadia, DualShock dan Xbox boleh ditambat pada peranti Pixel sejak Android 10 lagi. Mungkin kawalan haptik yang lebih mendalam untuk pengalaman bermain yang lebih memuaskan akan ditawarkan?


Paling Popular