Cari @ Amanz

Menjelang tahun 2022, semakin banyak televisyen akan hadir dengan sistem operasi Google baharu – Google TV. Google TV adalah Android TV generasi baharu, di mana ia adalah pelancar dan mempunyai teras sistem yang lebih pintar. Tetapi tahun ini Sony telah melancarkan Bravia XR dan televisyen 8K Google TV dari TCL turut akan dilancarkan tidak lama lagi – di mana ia akan hadir secara terbina dengan Google TV.

Semua televisyen Google TV kelak, akan hadir dengan mod Basic TV secara terbina. Ia adalah mod yang menjadikan televisyen pintar kembali menjadi dungu. Kenapa fungsi ini terbina? Contohnya, anda adalah peminat Sony dan gemarkan teknologi skrin serta penawaran yang diberikan. Tetapi Sony hanya ada televisyen Google TV dan anda masih ingin setia dengan Astro. Ini adalah tujuan mod Basic TV.

Semasa tetapan televisyen, Google akan tawarkan lima teras utama televisyen pintar. 1) aplikasi platform penstriman video, 2) cadangan aplikasi, 3) Google Assistant, 4) TV siaran langsung dan 5) sambungan ke HDMI. Melalui mod Basic TV, hanya nombor lima dan empat sahaja boleh digunakan. Agar memudahkan pengguna sambungkan televisyen mereka dengan kotak set tersendiri atau mungkin Fire TV?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd