Ming-Chi Kuo – Apple iPhone Dengan USB-C Tidak Akan Dihasilkan

Diterbitkan pada Mac 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak dua tahun yang lalu kami menantikan Apple menawarkan iPhone dengan port USB-C menggantikan Lightning yang digunakan sekarang. Ini adalah kerana iPad Pro telah menggunakan USB-C. Dengan penggunaan USB-C, kesemua peranti iPhone boleh dicas dengan satu kabel sahaja. Tetapi ramalan dari penganalisa ternama Ming-Chi Kuo meranapkan harapan kami.

Menurut laporan AppleInsider, beliau meramalkan iPhone dengan USB-C tidak akan ditawarkan. Sebaliknya Apple berubah sepenuhnya kepada peranti nirport. Pengecasan akan dilakukan sepenuhnya menggunakan pengecas MagSafe di masa hadapan. Antara sebab mengapa USB-C tida digunakan adalah kerana Apple dikatakan tidak berpuas hati dengan penjualan aksesori MFI USB-C yang dipasarkan setakat ini.

Apple MagSafe Duo Charger

Dengan MagSafe, sebuah peranti tanpa port yang terdedah dapat dihasilkan. Masalah port rosak dan satu lagi titik lemah untuk menjadikan peranti kalis air boleh dihasilkan. Selain pada iPhone, Apple turut dilaporkan sedang membangunkan MagSafe untuk MacBook Air. Malahan tiga tahun lalu Apple sebenarnya hampir memasarkan iPhone X tanpa sebarang port pengecas.

Pada waktu ini pengecasan MagSafe masih lagi agak perlahan. Diharap jika benar pengecasan nirwayar digunakan pakai kelak, MagSafe boleh menawarkan pengecasan pantas yang lebih munasabah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami