OnePlus Watch Melepasi SIRIM – Akan Tiba Tidak Lama Lagi?

OnePlus Watch Melepasi SIRIM – Akan Tiba Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Mac 9, 2021 oleh .

Bertahun lamanya, peminat OnePlus menantikan jam tangan pintar tersendiri OnePlus. Ini adalah agar, pengguna OnePlus boleh mengalami pengalaman penggunaan dengan ekosistem OnePlus. OnePlus sudah hadir dengan banyak produk, dari telefon pintar, aksesori audio, penjejak kesihatan dan banyak lagi.

Berbeza dengan Oppo Watch, OnePlus Watch mungkin akan hadir dengan skrin bulat dan ia mungkin akan dihasilkan oleh Oppo. Ia juga akan menjalankan Wear OS, mempunyai banyak pilihan muka jam dan akan menawarkan dua jenis tali jam. Terkini, OnePlus Watch dilihat telah melepasi SIRIM. Nombor model W310GB dilihat telah disenaraikan di SIRIM, dan produk ini dijelaskan sebagai sejenis jam hibrid. Menurut beberapa laporan sebelum ini, OnePlus akan tawarkan dua jenis jam. Satu skrin bulat dan satu segi empat.

W310GB dikatakan mungkin versi skrin segi empat dan W501GB pula adalah jenis skrin bulat. OnePlus akan melancarkan OnePlus 9 pada 23 Mac tidak lama lagi. Adakah kita akan lihat jam ini dilancarkan bersama-sama dengan siri OnePlus 9? Sama-sama kita nantikan.


Paling Popular